Almond London Kayangan

 Assalamualaikum, salam 20 Ramadhan 1442H.

Tahun ni rajin sikit nak buat almond london sendiri. Selalu beli je. Nama kuih tu adalah almond london kayangan. Kenapa kayangan? Sebab guna bahan-bahan yang mahal. Takpe bukan selalu. Lagipun nak makan sendiri je. Apa salahnya kan :P

Ni yang saya buat. SERIUS SEDAP!


Bahan-bahannya: 

  • 200g buttercup
  • 50g minyak sapi
  • 1/2 cawan gula aising
  • 1 biji kuning telur gred C
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 3 sudu besar minyak jagung
  • 3 sudu besar horliks
  • 1/2 cawan serbuk badam
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil cream of tartar
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 3 1/2 cawan tepung bakers choice
  • milk coklat beryls coin (untuk salut)
  • 200g badam
  • badam cincang (hiasan)

***Bakar badam suhu 160 selama 45 minit atau sehingga masak. Kalau rasa badam tu macam lemau je, belum masak lagi la tu. Dia akan jadi macam keras dan rangup kalau dah masak. 

Cara-caranya:
  1. Pukul buttercup, minyak sapi, gula aising, telur dan esen vanilla sehingga sebati. Jangan sampai kembang nanti dia tak jadi. 
  2. Kemudian, masukkan minyak jagung, horliks, serbuk badam dan tepung jagung. Kacau sampai sebati.
  3. Selepas itu, masukkan tepung, baking powder dan cream of tartar. Uli sehingga menjadi doh. Kalau doh tu macam lerai, ambil buttercup sikit, gaul-gaul. 
  4. Kalau adunan tu dah okay, ambil sedikit, letakkan badam, dan bentukkan. 
  5. Lepastu bakar selama 20 minit suhu 170. Ikut oven masing-masing. 
  6. Dah masak, sejukkan dulu, baru boleh salut dengan coklat.
Untuk coklat tu, saya agak-agak je guna. Sebab taknak pembaziran berlaku. Saya double boil sikit-sikit coklat tu. Saya double boil guna pengukus je. Senang.

Cara saya salut almond london tu dengan coklat, saya celup je dalam coklat. Biar dia full coverage. Baru sedap makan. Lepastu tabur dengan badam cincang. Badam cincang tu saya bakar sekejap sebab nak bagi rangup. 

Saya dapat dalam 180 biji satu adunan. Bilangan almond london ni depend on macam mana kita bentukkan dia. Besar ke bulat ke lonjong ke. 

kredit: seminit resepi (https://www.facebook.com/seminitresepi/videos/469344287608796/)

Comments